Beginilah.
Setelah mendengar rakan-rakan perempuanku bertelagah dengan emosi sendiri aku terpanggil untuk memberitahu penemuan ku ini.
Kentut.
Secara amnya, satu pengetahuan general bahawa kentut itu berbau busuk. Betul? Dan kerana pengetahuan general ini, semua cuba untuk tidak kentut di hadapan manusia lain apatah lagi di khalayak ramai. Kalau terkentut pun, pura-pura kata “eih, busuk!! Sapa kentut ni?!” Bayangkan ada suatu makhluk yang suka kentut tanpa segan silu sewaktu bersama anda.
- Makhluk ini sudah terlalu dekat/selesa dengan anda sehingga segan yang pada awalnya sepatutnya ada, sudah tidak ada (which is a good thing, I guess? To a certain extent.)
- Makhluk tersebut kentut di hadapan anda (kononnya untuk membuat anda gelak) sambil membuat gaya menembak pistol dengan tangan. Atau menyuruh anda memicit jari kelingkingnya supaya dia kentut. Atau apa-apa gaya yang anda anda akan dapat lihat sebagai pattern of habit.
Tapi sampai bila? Penat kita hendak lari. Dan kadang-kadang, lari pun tidak guna sebab bau kentut itu mungkin sampai juga kepada kita.
Tapi cuba kita fikir kembali. Kenapa kita lari? Kerana kita fikir kentut makhluk itu maha busuk setiap kali. Tapi sebenarnya?
Ia satu fakta bahawa orang yang selalu kentut dengan hebat, kentutnya tidak lah berbau busuk (fakta ini, aku yang buat-buat). Kadang-kadang saja busuk teramat. Kadang-kadang macma angin sepoi dekat laut saja. Tiada bau. Sedangkan angin laut bau lagi masin.
Jadi akhirnya kita belajar bahawa, kita tidak perlu lari setiap kali makhluk kentut. Bahkan kadang-kadang kita join in sekali buat gaya tembak; tapi kita tidak kentut. Of course. Kadang-kadang layan saja picit jari makhluk. Lepas itu buat muka menyampah. Tapi sebenarnya hendak gelak.
Sesungguhnya, memercayai lelaki adalah seperti tinggal bersama makhluk seperti ini.
Kita boleh sentiasa lari (merasa sangsi dan takut kerana susah untuk memercayai lelaki) tapi sampai bila? Aku ialah seorang perempuan (hebat) yang susah hendak percaya dengan lelaki secara amnya dan lelakiku secara khususnya.
Susah kerana bak kata rakan ku—percaya itu adalah seperti mendedahkan diri pada bahaya dilukai. ie Dalam fenomena kentut pula: kekal bersama orang yang selalu kentut adalah seperti mendedahkan diri pada kemungkinan kentut busuk yang terkeluar.
Aku tak mahu menipu di sini. Setelah memutuskan untuk tinggal bersama makhluk-suka-kentut dan tidak lagi lari-lari (ie; memutuskan untuk memercayai lelaki), sekali sekala, OF COURSE kentut makhluk itu akan busuk. (ie, of course kadang-kadang kita akan terluka setelah memercayai lelaki). Tapi adakah worth it untuk selalu lari biarpun pada waktu kentut makhluk tidak busuk?
Penat, aku bagitau kau. Penat. Penat untuk tidak percaya.
Untuk itu, kalau sudah ‘yakin’, tinggallah bersama makhluk-suka-kentut. Dan kalau dia suka-suki kentut-kentut dengan gaya yang bermacam-macam, layan lah kadang-kadang, marah lah kadang-kadang, nasihat elok-elok lah kadang-kadang etc etc.
Kalau pula terbusuk maha busuk sekali sekala tu, marahlah dengan hebatnya. Nasihat lah dengan hebatnya—sambil kibas-kibas kan angin supaya busuk itu hilang. Tidak perlu lari…
i.e (id est)………………….? (tolong interpret sendiri, aku nak cek pemahaman kau-orang)
..hm. Ha. Boleh la tu. Betul. Betul.
Lari cuma bila makhluk itu sudah terlalu tidak menghargai kita (well, that’s another story).
Dan bagi makhluk yang suka kentut ie lelaki—please la, pastikan kalau nak kentut busuk, larilah jauh-jauh, the shooting pose is not funny when it stinks ie: kalau lelaki sudah tau akan menyakitkan kita, pergilah jauh-jauh. Buang masalah itu. Selesaikan konflik itu. Kemudian datang balik dengan perut yang kosong dan muka yang ceria serta dengan kebahagiaan yang dikongsi.
One way or another, we have to trust our partners/spouses. It’s a slow and hard process but we have to get there. And to the other halves—trust is something to be earned. Help your spouses who are hard to give their trust by being honest and at least try (hard. Harder if you still ain’t getting there) to share things.
Haih. Kentut.
Lagipun mak aku cakap kentut itu penting untuk kekal sihat. Aku saja yang tak normal sebab hanya kentut di dalam tandas.Eee sopannya. Sopan sungguh...
Entry diinspirasikan oleh makhluk-makhluk-suka-kentut-sedunia. I loike.
8 comments:
waznah...
ko sound aku ke?
uhuhu
xpe aku xkentut depan ko or bilik ko dah pasni
harap maaf
kentutan yang anda jangka tidak akan meletus lagi. terima kasih. wakaka
entry ni menarek.
n lelaki.. yer. mereka memang lelaki. lelaki mana yang x tgk perempuan lain. cume sabar je la yang boleh
hehehee
hihi..me likes this post..a good way to relate kentut with trust..hehehe...hmm...true2, we can't run away from kentut kan, bare with it, give it its chance until it has reached its max..hahahahahaha.....;)...after all it's true u say, if we run away all the time,sampai bila kan..huhu..perhaps we should just have to learn to trust little by little..
sama la kita kak waze;-)
*hanya kentut d tandas...jadi apa interpretationnya kalo begitu??
kuang3!
just exactly what i thought, darling. and the exact solutions. I need to STAY and NOT RUN when that someone kentut.
*pukul diri sendiri*
fana: oh aku tak sound ko.bahkan aku tak sound mana2 peng-kentut sedunia. cuma aku hendak relate sedangkan dari kentut pun kita bisa belajar sesuatu. hahaha
lisa:yey! take d chances of smelling sumthing ugly just for d sake of living wif dat kentut-person.haha
aeryn: itu bermakna, kita berhati2!! hahaha sbb kita nda tau bila kentut bole jd busuk, jd kt mengambil langkah berjaga2. kentut cuma di tandas.hihi
azmira:jgn pukul dr sndr, mira...we just need to stick around.mana tau kentut tak busuk. hahah
eh
aku rase kan
'mempercayai'
hehehe
jgn mara aku yg poyo ni waz :p
aahahahaha bahasa aku--ada CLASS kannnn hahahah
*cover malu sbb banyak salah*
aku suke ko, fana..mst ko dah baca disclaimer aku. sbb ko saje nak jadi douchee ohhhh tp ko ttp awesome sbb ko je yg tegur aku.wakakakak
demm.
aku baru je perasan mende tu
hahah
Post a Comment