Thursday, March 18, 2010

Aku tanya: hati, kenapa mau bersedih saja?

There are so many ways to see and perceive things. And thank You for showing me some of the other ways that I wouldn’t have thought to exist.

Ini persepsi aku. Setiap orang yang cukup sifatnya akan ada beberapa kerajaan. Bukan, bukan berpolitik. Kerajaan dalam diri, maksud aku. Ada kerajaan hati, kerajaan otak, kerajaan akal, kerajaan sifat dan kerajaan sikap. Semua ada ini--->" + " *sambil menunjuk dua jari disetiap tangan dan menggerak-gerakkannya*

Hati—emosi.
Otak—fikiran.
Akal—pengetahuan.
Sifat—karakter.
Sikap—kebiasaan.

‘Definisi’ itu suma pun ikut suka hati aku ja aku letak. Biasa lah. Mungkin yang lebih arif dalam bahasa dan falsafah mahupun sastera mahu menegur? Silalah.

Tapi pangkalnya aku mendefinisikan kerajaan-kerajaan itu sebegitu ialah kerana aku ingin membahaskan bahawa setiap kali kita berhadapan dengan masalah; mahupun situasi harian, kita akan punya beberapa kerajaan ini menghantar suara-suara merdu mahupun suara sumbang mereka ke telinga dalaman kita ketika kita hendak (1) membuat keputusan, (2) menyelesaikan masalah, (3) memberi reaksi kepada apa-apa situasi (4) dll.

Situasi contoh: Jadi, apabila kita menengking dengan tidak sopan sungguh kepada seorang pakcik yang tidak sengaja melanggar kita, atau memaki mamak-bapak kepada anak murid yang kurang hajar dengan kita—apa itu kesan daripada kita mendengar suara busuk mana-mana kerajaan dalaman kita?

Tunggu. Sebelum kita menunding jari pada mana-mana kerajaan yang menghantar suara sumbang dan busuk itu, baik kita tanya; bagaimana boleh sumbang atau busuk suara-suara itu (dalam tidak mengambil kira kerajaan mana datangnya dulu).

Busuk. adakah kerana ‘mulut’ salah satu kerajaan itu busuk? sumbang. Adakah kerana salah satu kerajaan ini tidak masuk kelas menyanyi? Haih.

Apa pun, bagi aku, dalam situasi contoh itu, tiada kerajaan yang sungguhnya bersalah. Tapi semua mesti dipersalahkan dalampada semua pun tidak bersalah. Kalau sudah sampai contradicting begitu, tentunya negara (badan kita) ada something wrong bak kata orang kebanyakkan.

Something wrong itu ialah, negara kita sudah lupa yang lebih penting, yang berada di atas kesemua kerajaan itu… kalau kiblat negara sudah betul; tentunya negara nya lurus, dan tentunya kerajaan-kerajaan seluruhnya juga lurus.

Kalau sudah lurus, tiadalah terjadi situasi contoh itu.

Seterusnya, izinkan aku mengakui satu perkara. Aku bukannya lurus semata. Mungkin bukan lurus pun. Jalan ku dibelakang bengkang bengkok. Jalan ku dihadapan belum tentu lagi. Untuk meluruskan kerajaan-kerajaan itu bukan mudah, apatah lagi meluruskan negara.

Dan bagi aku secara personal, aku rasa paling bahaya dengan kerajaan hati. Nanti pembaca lelaki akan cakap: biasalah perempuan; 'emo' ja lebih... drama ja lebih... oh.

Jadi untuk wanita-waniti dan untuk para insan yang lemah hati macam aku, kadang-kadang aku rasa pelik sungguh..kenapa hati ni senang dan lemah sangat; tidak mahu gembira, sudah aku paksa gembira, sedih juga.

...sudah aku pujuk dengan macam-macam supaya hati gembira, tidak mahu juga. Sudah aku cuba jadi workaholic saja, supaya fikiran teralih dari masalah, tapi badan lesu juga di depan kerja. Hati tetap ingat perkara-perkara sedih dan ber-prasangka buruk saja. Eih. Sudah aku suruh ceria, mendung saja. Hati, kenapa mau (sengaja) bersedih saja?

Mungkinkan, kita lupa. EH. Aku yang lupa. Yang Tuan punya kesedihan tu ada. Dia yang cipta perasaan itu. Kerajaan hati bagi setiap hidupan yang ada hati pun Dia yang punya.

Jadi kenapa aku tidak tundukkan kepala dan minta pada Dia supaya hilangkanlah rasa sedih yang diciptaNya itu dari hati yang kepunyaan Nya ini… Nanti sudah minta; sambunglah usaha untuk menghilangkan sedih itu.

Hmm


Sejuk-sejukkan hati dengan ais krim ni:
Aku baru keluar dari fasa gloomy jugak. Jadi mari makan eskrim paling best!

3 comments:

husna said...

plis update more and more lagi!!!

dyradyana said...

apa2 pon kawalan masih di tangan kerajaan pusat, iaitu akal. maka, smua kerajaan yg bernaung harus teratur dan menurut kerajaan pusat.
kadangkala, kerajaan pusat yg tidak memantau kerajaan2 kecil akan menyebabkn kerajaan2 ini melakukan sesuatu di luar batasan, lantas cuba mencari jalan utk menderhaka.

waz, aku tak sabar nk kluar kt dunia sana. melalui dunia/profesion yg senantiasa menampar-nampar emosi. walau apapun sekalipun, sentiasa luruskan kiblat ke arah-Nya. agar kita bisa mengawal kerajaan pusat dengan lurus seperti lurusnya pembaris(=

waz said...

husna: heheh aku cari masa mau update..gagal saja ;)

heheh yeap betul juga bawaha akal itu seperti kerajaan pusat yang patut nya memantau kerajaan2 kecil yg lain.. :)
ziq, your time will come. the real world is totally waiting for u and the other awesome teachers from gaya! yeayy!! hehehe All the best yaa