salah kah perasaan ini?
bila aku mengira-ngira apa yang aku ada dan merasakan bahawa apa yang aku ada itu tidak cukup? adakah aku dikira orang yang tidak bersyukur, Allah?
Ampunkan aku jika ya...
cuma aku sentiasa mengharap diri lebih baik dari siapa aku sekarang. itu yang aku kira-kira masih lagi tidak cukup.
bila aku lihat hasil kerja si polan itu lagi baik, aku merasa resah. aku rasa aku ingin buat sebaik itu. atau mungkin lebih baik dari itu. aku cuba. kadang2 terlalu mencuba, aku rasa. buruk juga hasilnya.
bila aku lihat hasil usaha si polan ini pula lagi berkualiti, aku merasa marah pada diri sendiri. aku berfikir panjang di mana silapnya usaha ku sampai hasil usaha ku buruk apabila dibanding dengan hasil usaha si polan ini...
apakah aku salah, ya Allah, bila mengira-ngira begini?
kalau iya, jadikan lah aku antara orang yang bersyukur.
dan jadikan lah aku orang yang 'cukup' bijaksana dan 'cukup' bakat dan ilhamnya..supaya aku mampu menggunakan apa saja yang aku ada untuk menghasilkan sesuatu yang baik dengan izin Mu..supaya aku mampu membuat apa saja yang aku mampu untuk memberi kesan kepada kebaikan dengan izin Mu..
aku cuma insan kerdil--tapi aku ingin beri 'kesan'
apa cita2ku terlalu besar, Allah?
4 comments:
That's kinda a jealousy. But, it's a must-have jealousy. So that we can improve for the better?
Just don't be too hard on ourselves or it'll devour us.
hhu must-have ya usher? :( i hope it'll do me good
You're right. There are spiderwebs everywhere on this site!
darn u usher/
im writing a post now!!! RIGHT NOW!!
Post a Comment