Wednesday, March 18, 2009

bila 2 + 2 bukan 4, just open up.

aku rasa dunia ni subjektif. subjektivitinya itu infiniti. dunia ni bukan cuma dua sisi syiling tapi sisi yang bilangannya infiniti.subjektif kerana?--...

dan aku yakin tersusunnya dunia, dunia selepas dunia, isi-isinya dan segalanya di luar dan di dalam itu amat rapi yang menjadikannya adil. adil tidak semestinya sama. adil itu bukan zalim.adil kerana?--...

bila apa saja datang pada kita, ia datang dalam samar. tapi aku yakin apa saja ianya itu ia datang dari Tuan pemilik seluruh alam. ia datang sebagai cubaan. ia datang sebagai dugaan. biar ia sesuatu yang sedih, atau yang gembira; kekalahan atau kemenangan; keindahan atau keburukan; pengetahuan atau kejahilan...semua nya cubaaan dan dugaan.

jadi bila ali kalah, ali patut ingat kekalahan nya satu cubaan dari Pemiliknya, dan kemenangan penentangnya iaitu si abu itu pun cubaan bagi si abu sendiri. dengan kekalahan itu, si ali mungkin didatangi dengan kemahuan berkobar lebih tinggi, membuat dia lebih bersemangat.atau si ali mungkin didatangi dengan kebencian dan dendam yang dalam untuk si abu. si abu pula, menangnya mungkin buat dia lemah dengan sombongnya dan riaknya, atau menangnya boleh buat dia lebih berhati-hati kerna dia mau menang lagi.

jadi bila milah belajar tinggi-tinggi, dia tau banyak, dia cerdik pandai, dia kena ingat itu juga cubaan bagi dia bila dia lihat Kuku yang tidak belajar tinggi, sekolah pun tak pernah masok. si Kuku pulak kena ingat, kejahilannya tentang pengetahuan dunia itu pun satu cubaan biar pun dia tahu banyak pasal agama dan hari ikhirat sedangkan si Milah tadi tu, senteng pengetahuan agamanya.

apa yang aku cuba cakap pun aku tak berapa pasti. ha! mungkin itu la apa yang aku cuba cakap: tiada apa yang pasti dalam dunia ni kerana sifat dasarnya ialah ia subjektif.. pengetahuan kita ni, tidak pernah terjangkau apa yg Dia susun kan.kenapa kita senang untuk yakin kita berdosa/berpahala, dia berdosa/berpahala, kita patut mati/hidup, dia ptut mati/hidup, lebih baik ini dari itu/lebih baik itu dari ini, kita patut bahagia/dihukum, dia patut bahagia/dihukum...siapa kita untuk bercakap? dan siapa lah aku untuk bercakap.

sbb pemberi dosa/pahala, penentu hidup/mati, penentu yg baik itu/ini, pemberi ganjaran/hukuman itu bukan kita...sudah tentu bukan aku atau kau..memang betul lah yang dosa itu tetap berdosa mengikut hukum, masa hidup kita diterhad kan pada mati, yang lebih baik itu boleh di senaraikan ikut jadual pros & cons yang cikgu Dollah ajar kita dan ganjaran untuk yang berbuat baik, hukuman untuk yang berbuat jahat, tapi think again, semua masih bukan di tangan kita yang kecil ini.

aku cuma harapkan peringatan.dan ini peringatan ku yang mana juga datang sebagai cubaan kepada ku.kerana semua cubaan itu cuma cuba membawa kita peringatan ke arah Pencipta.keyakinan kita betapa Maha Adil nya Dia.

yang aku rasa aku pegang dalam hidup ni, kita patut sentiasa cuba memahami bahawa pengalaman hidup, persekitaran, pengaruh-perngaruh, rentetan peristiwa dalam hidup seseorang,pemahaman, pengertian, kepercayaan, pegangan seseorang itu sentiasa lain daripada seseorang yang lain, lain dari kita punya, lain dari aku punya dan kau punya.

jadi, bila satu hari nanti, kita tersedar kita melafazkan ayat2 seperti:

...tu la mak bapak dia tak pandai ajar la tu..
think again.ure probably right! makbapak dia mungkin tak ajar dia dengan baik. jadi bersyukur la mak bapak kamu telah mendidik kamu dengan baek.jadi mungkin kamu boleh membantu dia jadi pandai sikit macam kamu.

...kalau aku la kannnnn, aku..
think again. kalau kamu tu dia, ada juga kemungkinan kamu akan buat seperti yang dia buat...jangan sombong...berrsyukur kamu tidak dihadapkan dengan cubaan yang sama yang dia hadapi sampai dia boleh terjebak dalam benda-benda macam itu.jadi mungkin kamu boleh membantu dia keluar dari jebakan itu.

...eee saiko nyaaaaa orang tu!! konghajo btoollll~!!..
think again. betul juga mungkin dia gila. mungkin dia jahil. mungkin dia silap, salah, tak terigapai dek akalnya tentang apa pun yang kamu rasa dia gila/kurang ajaran nya. jadi bersyukurlah kamu mampu berfikir dengan waras dan cukup ajaran. bersyukur lah kamu bukan salah seorang dari pesalah/kriminal untuk jenayah itu, jadi kalau lah kamu nak sangat untuk memahami mengapa orang itu menjadi penjenayah dalam kriminal itu, satu hari nanti, you could have found yourself in his/her position doing the similar crime and insyaAllah at tht time you will understand.

...omg this blog! bida' btulll ba!! ber-trep penulis nyaaa!!...
think again. u are right. i am being a smartarse. but i tell you this, dengan seburuk2 manusia, seburuk2 perkara, seminimal nya kewujudan sesuatu itu, seburuk2 guru, se-obvious mana pun common-sense-la-ni-waznah tahap punya common sense apa yang aku bebelkan ini suma, kalau mahu belajar, ada juga yang boleh dipelajari.

so choose wat u wana take from what you've read just now.

No comments: