rasa tenang semasa menerima itu satu keajaiban.
rasa tenang itu datangnya dari keyakinan.
rasa keyakinan itu datang dari satu sudut hati yang memegang tali lurus.
rasa hati itu datang dari satu yang lurus.
kami cuma kelemahan bertemu kelebihan.
kami cuma kekurangan bertemu kekuatan.
kami cuma penerimaan bertemu kefahaman.
kami cuma mengerti bertemu menerima.
kami cuma disini bertemu disana.
kalau aku tanya kenapa, kalau aku jawab tiada.
biarlah belajar
biarlah berjalan
biarlah hilang sebuah sesalan
tapi yang molek itu mencuba lagi
sebab yang Maha Agung itu bukan cinta ini
barangkali, banyak barangkali yang barangkali muncul. satu titik yang bercabang mampu membawa kita ke satu lagi titik yang bercabang lagi. cabang-cabang ini infiniti. titik yang kita tahu itu tersekat. terhad. terlalu sedikit untuk kita berlagak tahu kemana kita akan pergi; sedangkan di mana kita berdiri pun kita belum pasti tahu setahu mana yang kita fikir kita tahu; dan sedangkan di mana telah kita pergi punkita belum pasti apakah benar kita telah melalui titik sebelum itu seperti mana yang kita mahu percaya. tapi kita cuma manusia. itu tidak mengapa. kerana menjadi manusia juga bermaksud kita berdiri. kita berdiri di satu titik. bukan terbang,bukan melayang, bukan hanyut, bukan apa pun kecuali akibat sendiri.dan berdiri di titik ini mengajar aku utntuk menghargai tempat aku berdiri dan berusaha berdiri dengan satu pemahaman yang lebih dalam bahawa aku di satu titik yang bercabang infiniti. dan aku belajar lagi.
yuuu andesten o0 nottt?
is there any other posible way that i can make it more comprehensible? coz i dont know how.