Friday, January 8, 2010

"Pomp and Circumstances"

"Cinta, sy kucing ada reben merah di ekor": Aku rasa satu bulan ni aku gila.

Ceritanya macam ini.

Awal-awal aku sampai itu hari, aku terus mula dengan Schoolmatterstome. Memang peringkat awal, aku tak berhenti buat 'kerja'. Ajak-ajak orang, pakai muka tidak malu. Cari back up punya pasal. Memang perkembangan Blog dan FB Group itu cukup kecil berbanding hajat asal aku. Tapi mungkin ianya perlu masa. Kawan-kawan semua perlu masa.

Dalam masa sama, aku belajar banyak "How to..." dari Youtube. Contohnya How to Color Comics in PS. Macam hampeh. Hati aku ni keras betul mau terima ilmu. Ada saja alasan tak mahu pakai PS mewarna. Tak ada tablet la. Susah nak belajar dari video la. Tiada scanner la. Haih. Tapi aku akan cuba.

Lepas itu, tukar layout Wordblog ni; entah berapa kali.

Ada juga cipta blog baru untuk artworks aku. Joined IF for the first time, sekarang sudah tiga entry and insyAllah minggu malam ni join entry keempat. Seminggu lepas, aku mula dengan projek T-shirt aku dengan member aku Naz. Asaimen untuk blog dia yang dia kasik aku pun aku belum siapkan.

Habis design ketiga, aku mula menjahit pulak. Ada la tiga benda aku hasilkan. Semua prototype aku bagi adik aku dan aku pakai sendiri. Benda keempat aku masih pelan-pelan buat. Semua itu discovery learning.

Sambung mula hari ini, aku buat lagi satu projek. Project FanArt aku panggil. I think the name explains everything. Aku mau mula dengan Marina B's Enchanted Dolls. Target buat 3 portrait. Lepas itu karakter-karakter lain pulak. Mungkin karakter dari "Beyond" dari Animatrix.

Ada lagi beberapa projek yang masih jadi niat saja; ada artwork-artwork yang tak mahu jugak siap... Tapi aku rasa, aku akan mula/siapkan somehow. Aku tak mahu niat-niat yang tinggal tu mati.

Dalam pada itu;

Aku tidur paling banyak pun 4 jam sehari. Sakit kepala jangan cakap. Tapi masalahnya ialah, aku tidak boleh berhenti. Aku letak blame atas Indocafe. Dulu, aku berenti minum nya sebab aku senang dapat Migraine kalau aku minum.

Tapi itu hari, aku minum macam gila. Satu jug kejap saja habis. Peluh-peluh sejuk. Hyper. Idea mengalir macam air. Flash card thoughts. Lepas itu, aku suda tak boleh kalau tak minum.

Hasilnya? Kebanyakan malam, badan aku tidur dulu baru fikiran aku terpaksa tidur. Serius. Tangan aku sampai tak boleh angkat. Baru aku mengaku kalah pegi tidur. Yang sedihnya, tidak boleh tidur lama pun. Paksa? Sudah cuba. Tidak berjaya.

'Kerja-kerja' aku tu macam soalan AddMath masa aku form 4 & form 5. Selagi aku tidak siapkan, selagi itu kepala aku tidak boleh berhenti. Masalahnya sekarang; Lepas siap realisasikan satu idea, kepala aku sudah mula lagi satu idea.

Makan, hm. Timing makan aku tetapkan. Sebab aku tau, kalau tak makan nanti tangan aku ketar. Tidak boleh melukis dengan bagus. Tapi kuantiti makanan aku kurangkan supaya cepat aku habiskan. Mau sambung kerja cepat.

Gila.

Ini bukan bermakna aku susah hati sebab kegilaan aku ini. Aku gembira. Sebab emosi aku seperti lebih stabil dengan gila kerjanya aku ini. Lagipun, sementara aku belum mula bekerja sebagai cikgu, aku mau puas-puas buat artwork.

Biarlah tidak sehebat mana pun hasil-hasil kerja ku. Aku tetap puas hati. Aku buat benda-benda yang aku suka. Aku takkan biar blog-blog, projek-projek itu mati tengah jalan; tahi ayam hangat. Aku mau terus berusaha!!

Oh. Indahnya 'kegilaan' ini.

Ain & Iman. Role Modes aku dalam berimaginasi.


Merepek je aku report perkara-perkara ini.

2 comments:

fana hashim said...

nice! keep on going. aku sokong dengan kata2 pun cukup kan. hehe

waz said...

ohh ko syungguh bahek fanaa ;) wu wuu terharu sokongann