Macam gelang getah;
Aku cuba renggangkan
sepanjang mana yang boleh
sebelum putus.
Imaginasiku,
sabarku,
kemampuanku,
pemikiranku,
usahaku.
Atau apapun--
Sampai satu masa nanti
aku boleh mengikat diri sendiri
dengan 'gelang getah' itu
kepada kepercayaan bahawa
"Aku boleh"
dan
"Aku mampu";
...jauh lebih daripada yang aku sendiri bisa sangka.
Dan di awal dan akhirnya
(seperti tangan yang merenggang)
ialah tangan kanan dan kiri yang menadah
di setiap hujung pengiraan detik.
No comments:
Post a Comment