Tapi susulan itu, untuk menjadi so-this-year and so-the-latest, orang-orang buat pulak benda merepek yang hampir sama cuma beza 'verb' saja iaitu 'share'. Dan iya semestinya dari FB (face-palm-book).. aku rasa, tabiat share ni bagus ba. berkongsi ilmu. membudayakan ilmu. tapi kadang-kadang, aku terbuat jugak face-palm bila aku membaca note-note yang mereka share ini.
tapi iya lah. aku mesti ingat jugak. setiap perkara ada baik buruk, ada betul salahnya ikut situasi dan ikut perspektif. jadi bila aku mau komen note-note tersebut, aku fikir jugak; takut nanti aku buat essay...macam ada peng-komen2 yang bagus dan bernas komen-nya.
tapi kalau komen essay kureng ? macam yang aku buat sekarang. post ini juga essay merepek yang tidak punya kepentingan. cuma ingin mengingatkan, kalau mau tekan butang share, ingat-ingat lah tentang tiga perkara (paling sikit pun)
1) content (isi). baik? buruk? benar? sahih? salah? kenapa? mengapa? dari mana source nya? disokong oleh fakta apa? sekukuh mana kah sokongan nya?
2) audience n the impact it will have on the audience (pembaca/penonton dan impak note/video tersebut kepada mereka). yang membaca nya ini akan faham kah? atau kah kalau aku share lagi lah tak faham orang-orang yang membaca nya dan menambahkan salah faham dan misconception
3) relevance. dan niat
*okay mungkin ini bukan in the appropriate order.mungkin jugak tidak cukup*
MORE FACEPALMS for all of us HERE
bila fikir balik, ok jugak la ada benda2 begitu. bolehlah observe tabiat orang. fahami macamana sesetengah orang berfikir. dengan butang share tu, lebih visible lah tindakan-tindakan orang.jadi kalau orang share benda-benda buruk dan tidak baik, kita boleh nampak secara live in the net. terbuka untuk kita menilai dan ambil tindakan.
daripada dahulu kala yang perkara-perkara buruk tersebar seperti wabak yang tidak kelihatan di udara. urgh. tapi hairan ya. berbanding dulu dan sekarang, sekarang lagi macam senang mau sebarkan perkara merepek. *ceh cakap macam aku suda hidup lama*
hmm..apa pun, selamat berkongsi ilmu wahai fb-ooker. hehe
Selamat hari Raya AidilAdha
2 comments:
Mengapa mereka suka merepek?
Sebab selalu makan kerepek
yaaaa aku nampak relation di situ...hehehehe kerepek ubi pedas sedaaaappp
Post a Comment