Seminggu. Usia aku jadi cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Belakang Rumah; enam hari, to be exact. Perasaan aku? Memang best. Aku bersyukur akhirnya aku nampak reality kehidupan, biarpun baru sipi-sipi (meaning: aku baru nampak the introduction part of it).
Dalam ‘introduction’ part ni, yang aku boleh analisis ialah perangai kebanyakkan cikgu dan reaksi diorang terhadap cikgu baru (apatah lagi cikgu dengan first-posting). Ada yang supportive, ada yang defensive, ada yang tunjuk kakak/abang, ada yang tunjuk otai, ada yang tunjuk tak nampak, ada yang tunjuk gigi saja.
Tapi sekolah ini secara umumnya ialah sebuah sekolah yang ‘selamba’. Atau term local-nya: sekolah lek-lek-tenang. Aman permai dalam ia tetap mempunyai cirri-ciri sebuah sekolah yang menempatkan para anak remaja yang secara azalinya ada darah panas lagi.
Aman permai ni maksudku tiada kucar kacir yang teruk antara pelajar dan guru. Pelajar secara umumnya masih mempunyai hormat yang tinggi terhadap guru-guru. Aman permai juga maksudku, semasa aku berjalan masuk ke perkarangan sekolah, aku tidak merasa ada efek dua magnet (besi lekat) bila ditemukan dua kutub yang sama. Tidak seperti masa aku di sekolah praktikal ku di KL.
Tapi, ya seperti yang aku katakan, anak remaja secara azalinya punya darah panas. Masih mau ‘main-main’ dan masih rasa tiada hala tuju dalma hidup, masih mau buat maslaah disiplin yang kadang-kadang aku sendiri pun tidak faham. Tambahan pula kebanyakkan pelajar di sini datang dari economy background yang rendah dan dari kawasan perumahan yang sedikit bermasalah.
Ah. Aku pilih sekolah menengah itu hari pun sebab aku sudah fikir aku mahu jumpa dengan perangai macam ini. Kalau aku mahu yang kurang simpang siur adolescence dan cuma ada nakal naïve dan nakal comel, sepatutnya aku sudah pergi sekolah rendah. Tapi tidak. Memang aku mencari budak yang bermasalah. Dan iya, aku dapat apa yang aku cari. Sekarang, sudah aku jumpa, apa pula yang aku mau buat?! *berfikir panjang*
Untuk rakan cikgu baru yang membaca ini entry aku cuma mau cakap: apa yang kau cari menentukan apa yang kau nampak dan tidak nampak. Kalau kau cari pembangunan dan kemewahan dan kebahagiaan dan keseronokkan hujung minggu dan peneman yang sentiasa memahami sunyi atau keringnya kau, kau rasalah ada atau tiada semua itu.
Kalau kau cari kebiasaan dan fasiliti yang boleh menggendong kebiasaan mu, kau rasalah susah senang kalau tiada fasiliti yang bisa menggendong. Tapi kalau kau cari anak-anak yang dahagakan ilmu dalam mereka sendiri pun tidak menyedari betapa dahaga-ilmu-nya mereka; mungkin kau nampak terus.
Apa pun, I am expecting more (mentally + emotional + physical-strength) draining experience the coming days, weeks, months and years of being a teacher. But I am not sure if I am any near well-prepared. Huh. Yeah at least I am trying to be prepared with this life jacket and this parachute, these couple of coins in my pocket and this not-so-hard head and this kinda-big heart of mine. This airbag (which I don't literally have).
Ps. Aku tidak upload entry ni dekat SMTM sebab aku rasa ini terlalu personal untuk represent sebuah group dan ia terlalu bertapis-tapis dan kosong tanpa apa fakta.


4 comments:
baik cikgu...
ajar budak budak itu hidup...yehhh
eh, ah ada kalendarla blog u...haha
senang nak tengok cuti sekolah ye...
eh hahahaha macammana ko tau weyh hahahaha yeaaaa biasa la..cuti tu penting bagi motivasi.. ada ruang untuk diri sendri bila mengutamakan seribu orang laen di masa bukan cuti..
Slamat mengajar ye kak Waznah.
Jd lah guru yg berdedikasi.huhu..
ehehe trima kasih jo..hehehe slamat tros belajar n maen2 kat ipba ..;)
Post a Comment