Friday, November 5, 2010

blog bukan rumah kau

aku semakin kurang update blog and blog hopping sekarang. nafsu menulis n membaca aku makin kurang. mungkin sebab nafsu aku byk aku alirkan pada lukisan dan menatap lukisan org.

tapi, setakat blog hopping yang aku buat; I came into a conclusion:

matlamat mencipta blog paling penting untuk membantu diri kita berbanding diri orang lain dan benda laen...

kalau kita asyik fkir pasal "ada ka orang baca, ada ka orang mau follow, klu ada orang mau baca akan dihentam ka aku, klu ada yang baca lagi bagus sebab aku nak porakperandakan orang, lagi ramai baca, lagi femes aku--aku gila femes"; kalau kita ada sedikir atau semua niat dan fikiran ini kita akan membunuh blog kita sendiri...

ada org yg buat blog utk membangga-banggakan apa yg dia ada (keadaan, harta, pengetahuan, kekayaan, kecantikan, kebagusan diri) akan mendapat ketenangan hati sebab dia rasa ramai akan baca dan memujanya dek perkara yang dia bangga-banggakan...

ada orang yg buat blog utk berkongsi ilmu supaya dia dapat mengerjakan kewajibannya utk menyebarkan ilmu dan supaya orang laen dpt manfaat.

ada org yg buat blog utk bisnes, supaya income bole masuk

ada org yg buat blog utk ekspresi diri (yg mana diri nya yg jika di ekspresikan di dunia sebenar bakal di maki dan di kutuk2, atau dirinya yg sbnrya tidak berani mau rebel di dunia sebenar) sebenarnya menggunakan blog sebagai medium utk melepaskan geram. seperti berak lepastu sorok bontot.

ada org buat blog utk bantu dia cari diri.

ada org buat blog utk ngelak diri dari bunuh diri.

ada orang buat blog utk semua di atas.

dan mungkin aku pun salah satu atau semua di atas. yg pentingnya, berani buat blog, berani tanggungjawab apa yang ada di dalamnya. kita ekspresi diri (dalam bentuk penulisan blog) memang seperti menunjuk diri utk di hakimi. mana ada manusia yang boleh mengelak dari dihakimi.

jadi bila sudah dihakimi (dikomen), bahkan dari pakcik makcik anon yg menjengkelkan pun, terima saja la. best jugak kan daripada blog aku yg sunyi sepi tadak komen, kan?

hehehe

aku sedar blog ini semakin bersawang. sebab aku rasa aku sudah kurang memerlukan penulisan untuk membantu diri aku sndiri.

mungkin sebab aku sudah ada aliran untuk meleterkan falsampah aku kepada budak2 pelajar aku dan kakak yang selalu tompang kereta aku ulang-alik sekolah..kesian mereka menjadi sasaran aku.

mungkin juga sebab aku sudah kurang gila mencari jawapan hidup. mungkin sebab aku sudah jumpa jawapan hidup cuma kadang2 masih boleh sesat meraba-raba dalam gelap.

apa-apa pun, sebenarnya aku dapat perasaan mau update blog pasal benda ni selepas 'terpaksa' mengomen 1 blog kerana dia mengutuk org macam budak2 marah lolipop dia kena curi. kesian.

moral of d story-mory. blog tu bukan cam rumah, blog tu macam kau bukak booth. orang awam keluar masuk booth kau, jadi kalau ada org masuk booth kau n lempang kau, terima saja lah.

yey.

2 comments:

Xeno said...

aku ada 2 blog. satu ntuk bende2 biasa. satu lagi private, ntuk lepas geram.

Tapi kadang2 tgh buat sesuatu, aku rasa ada idea tapi x cukup material. aku post kat twitter. lol, mini blog

waz said...

huhu aku tak paham la twitter camna *trasa buta it sungguh* tp yeah rock on with blogs... :|

yg blog private tu aku rasa nak baca..heheheh curious cat mode