Kalau aku kata semua ini sekadar hobi dan satu terapi untuk kekalkan kewarasan aku, iya itu cliché yang aku (dan ramai lagi penghabis-masa-dengan-melukis-sekadar-suka2-saja) selalu bagitau pada org2 yang bertanya. Termasuk mak aku.
Tapi sejujurnya, biarlah aku mengaku disini. Aku mengharapkan banyak dari aktiviti-aktiviti aku ini. Bukan sekadar habiskan masa saja. Bukan hasil yang aku simpan dalam portfolio peribadi saja. Bukan setakan yang orang boleh tekan LIKE di fesbuk saja.
Aku sedar aku sekarang macam orang buta teraba-raba. Aku masih belum ada hala tuju yang sebenarnya. Belum ada fokus yang jitu. Usaha ku beselerak. Kadang, aku macam mau marah saja dengan style dan kemahuan yang berhambur-hambur.
Sekejap lukis komik, sekejap lukis ilustrasi bertema, sekejap lukis (cuba) comel2, sekejap lukis horror, sekejap mau menjahit (eh tiba2), sekejap mau tampal2,aaaahhh macam-macam.
Aku ada banyak cita-cita dan aku ada banyak impian. Dan mungkin kepayahan aku untuk fokus kan cita dan impian aku adalah sebab aku belum jumpa identiti seni ku sendiri dan kemahuan aku yang sebenar.
Tapi ini bukan satu masalah yang boleh aku selesaikan macam petik jari. Bukan juga macam soalan add-math masa sekolah menengah. Ini satu perjalanan yang jauh lagi. Dan aku cakap macam itu bukan sebab aku mau procrastinate. Bukan…tapi aku sudah sedar bahwa selama ini aku terlalu gopoh. Mau itu mau ini mau jadi sekian sekian.
Jadi aku rasa aku mau cari platform sambil2 aku cari identiti seni garishalus aku. Mudah2an dalam pada aku mencari itu, aku bole jumpa satu fokus yang jitu (atau mungkin more than one focus? Heheh) yang pentingnya satu impian yang boleh aku rialisasi kan.
Jadi aku mau gembar-gemburkan saja dulu siapa itu waz dan mungkin mengikuti seberapa byk aktiviti seni yang aku mampu. kepada pembaca yang brapa kerat ni, kalau ada aktiviti seni yang korang mau rekemen, plis ba kasitau ya heheh especially para pe-conteng spt aku, sbb aku yakin sharing antara kita amat penting :)
..Sambil asah belakang parang (sbb aku ni macam belakang parang—start dari zero dalam seni), mudah2an tajam jugak nanti.
4 comments:
Hah.......sama la macam mak aku.
ada satu hari tu kan aku biarkan komik aku terbiar atas meja, x tulis dialog. Aku dtg balik, tengok2 dia tulis kat speech bubble tu BELAJAR. JANGAN MALAS. PI BUAT HOMEWORK. ANAK MAK SU LIJAH TU DAH MASUK UNIVERSITI.
hahahaha
hahahaha mak ko lg comel klu cam tu..hihihi takpa, komik2 ko pun da tunjukkan ko org yg bijak :D :D
this comment made my day btw ;>
juz keep it up, girl..
i know u can do it :).
eh heyy thank u doodledesign :> i hope so~
Post a Comment