"waz...waz..." kata *insert other people's name* sambil geleng kepala
frasa macam itu lah (dan gelengan macam itu jugak lah) yang aku asyik dengar beberapa bulan kebelakangan ni selepas hampir keseluruhan sekolah mula mengenal sikap/sifat sebenar waznah. yang buat mereka geleng kepala ada 1 paling utama: cikgu waz suka/selalu lupa.
sebenarnya: dari ingatan aku yang tidak seberapa ini, orang2 lain mengenal aku yang pelupa ini disebab kan oleh 3 kejadian kehilangan yang utama.
1. kejadian hilang kunci kereta di sekolah
2. kejadian hilang 28 buah buku latihan salah 1 kelas aku
3. kejadian hilang-----?---*refer back to opening line for this post
suara.
setiap kali ada insan yang bagi aku line : "apaaa lagi yang hilang, waz~~!!" atau "naaaa si waz niii--hilang apa lagi kauuu"... aku akan ketawa2 sikit dan beredar cepat2.
sesungguhnya, ada satu lagi benda yang slalu hilang dari aku yang orang tidak tahu pasal cikgu waz ni--dia selalu hilang keyakinan diri..selalu hilang rasa hormat diri...aku gelak, aku senyum2, belakang nanti aku nangis2. so silly; but it's what has developed for the past 25 years. im fragile. so setiap kali ada yang bagi aku line macam tadi, aku beredar cepat2 sebab aku tak mau ambil hati. aku tau semua tu gurauan dan usikan..ia bukan perkara besar...aku cepat2 buat diri bizi.
tapi kadang2 kelemahan iman dan kelemahan peribadi aku ni tercabar. macam mau buat public speaking untuk menerangkan bahawa:
ketiga2 kejadian yang disebut tadi bukannya salah aku sahaja. kejadian #1, ada insan lain mengambil kunci itu dan lupa untuk memulangkan pada aku. #2, budak2 kelas aku tidak mengkhabarkan pun bahawa mereka sudah meletakkan 28buah buku itu di luar bilik guru, di atas lantai, dengan tertera nama aku; hari jumaat hari tu aku stay back sampai petang and aku tidak melalui koridor itu lagi untuk melihat buku itu di situ..#3, sudah sakit, mau buat macamana? aku pun tidak tahu kenapa boleh sampai hilang suara. selalu ja aku makan macam2. selalu ja aku terpekik2. tapi ini sampai tak boleh keluar suara langsung tanpa sakit dan bunyi macam kucing sudah di hujung nyawa.
tambahan pula, aku rasa (correct me if im wrong) lupa ini bukan satu pilihan...i am not ignorant..aku cuba teliti dengan kerja aku. aku cuba tulis memo, bawak diary kemana2, letak calender, letak planner byk2 di sekeliling aku, tapi kadang2, aku hilang...
sesungguhnya aku sedih dan kecewa dengan diri sendiri. jadi bila orang lain mengusik dan bercanda dengan aku hal begitu, kekecewaan dan kesedihan aku itu akan bertambah2.
sungguh emo aku ini. hahahaha *beredar segera*
No comments:
Post a Comment