Monday, October 26, 2009

Memilih memori mana untuk di simpan

  1. Telinga aku pernah digigit tikus. Macam Doremon. Tapi tidak lah sampai hilang, luka pun tidak. Cuma di kacau-kacau saja—sempat aku terbagun sambil terpekik sebab baru tersedar separuh badan ku sudah masuk bawah katil mak. Dulu aku pe-nidur yang ganas. Dulu.
  2. Sebelah mata aku pernah digigit serangga. Aku terbangun satu hari di tengah malam; rasa sakit sebelah mata. Bila aku pegang macam ada kumbang dekat kelopak mata. Aku cabut saja lepas itu sambung tidur. Bila bangun, mata sebelah sudah terlekat sebab darah banyak sudah beku. Sampai sekarang parut ada. Itu sebab mata aku sebelah lain. Macam Thom Yorke pun ada. Tapi aku bukan lazy eye. I guess I’m much cooler.
Semalam aku dengan salah seorang rakan serumah ku menghabiskan masa petang di beranda rumah. Kami bercerita banyak benda. Ini **salah satu topik yang tersebut. Walaupun sebenarnya dia cuma brush through the term, aku rasa aku sudah tertarik ingin menulis tentang fasal ini dari dulu lagi.

**Ingatan terpilih. (?) Selective memory.

Aku tidak banyak simpan memori masa kecil aku. Entah kenapa. Aku kira-kira mungkin sebab aku memang tidak mahu ingat. Bila sudah sedikit tua ini, aku rasa menyesal sebab tidak simpan lebih banyak memori. Sebab aku rasa, dikalangan kenangan-kenangan pahit yang bertimbun itu, banyak sebenarnya kenangan yang gembira. Mungkin.

Tapi kalau sekarang, yang aku ingat hanya seperti rajah sekerat-sekerat. Macam fotograf yang diambil. Bukan satu cerita yang panjang pun. Dua kejadian di atas adalah contoh memori yang sedikit panjang. Itu pun seperti tidak relevan.

Contoh ingatan fotografik aku:
  • aku ingat aku terpaksa menggunakan kerusi untuk menghidupkan suis lampu *sebab pendek*
  • aku ingat baring di atas toto di bahangian belakang van kuning usang dalam perjalanan ke kampong bapak
  • aku ingat Abang pakai kain terlukis muka hantu sebagai topeng untuk menakut-nakutkan aku
  • aku ingat aku korek-korek longgokan pasir di depan rumah yang tengah diubah-suai untuk cari siput yang cantik
  • dll
Tapi ada juga memori pahit yang aku tidak dapat buang sepenuhnya. Yang bahayanya aku takut aku sudah elaborate memori-memori ini dengan menokok tambah supaya ia menjadi cerita yang sempurna. Sebab memori-memori ini lah yang sentiasa berikan ‘pertanyaan lanjut’ yang selalunya cuma bawa lebih banyak kesedihan.

Memori sekolah rendah, sekolah menengah, hampir 70% aku lupa. Mungkin lebih. Kesimpulannya aku memang orang yang pelupa. Tsk. Tak mengapa. Yang sedikit tertinggal itu, aku simpan elok-elok.

Kemudian aku terfikirkan Iman. Dia ialah salah seorang anak kecil terdekat yang aku ada. Yang aku boleh perhati dari jauh atau dari dekat. Iman tak masuk lagi tahun ke-4 dia hidup. Tapi aku rasa pahit kenangan dia tu sudah lebih pahit dari kopi Pak Abu berumur 60 tahun yang minum di warung petang-petang sambil hisap rokok Suria.

Pada umumnya, selepas berfikirkan fasal Iman, aku bersyukur manusia punya Childhood Amnesia. Tapi aku yakin walau macam mana pun, kehidupan dewasa dia akan terkesan juga. Dan lagi, aku tidak mahu dia mempunyai selektif memori pula macam aku. Aku harap keadaan cepat berubah.

Aku harap dia jadi macam Lat kalau boleh. Memori kuat dan boleh bercerita dari perspektif kehidupan seorang yang membesar dan menjadi dewasa *autobiografi: Kampung Boy*. Belajar dalam situasi yang cukup kondusif untuk dia ‘diajar’ menjadi manusia yang ‘bagus’. Dan definisi terma ‘bagus’ itu pun biarlah yang ‘betul’.