Sunday, October 25, 2009

Sempurnanya sesebuah penipuan

Hari tu—mungkin sudah dua minggu lepas—aku perasan ajakan Azri di blog beliau untuk bloggers lain untuk menulis dalam bahasa Melayu sempena bulan bahasa kebangsaan ini. Memang aku mahu menulis dalam Bahasa sejak beberapa entry dahulu tapi asyik ‘terikut hati’ untuk menulis sedikit mengikut amarah. Dan kalau sudah sedikit ikut rasa amarah atau rasa teruja sediki memang aku pakai English.

Tapi hari ini seuai lah sungguh aku berBahasa. Kenapa?

Aku baru sampai pulang dari hujung minggu yang sedikit melelahkan. Tapi gembira membantu orang yang memerlukan dan gembira bersama orang yang aku sayang sudah cukup menutup habis lelah itu.

Dan dalam gembira dan lelah, aku rasa teruja dan amarah ku sedikit terkawal. Jadi itulah aku bilang masa ini masa yang sesuai. Masa bila emosi terkawal.

Jadi dalam masa-masa begini juga aku rasa bagus untuk aku mengutarakan pendapat aku tentang sesuatu yang sangat menarik perhatian di FB beberapa hari lepas.

Salah satu rakanku meletakkan statusnya dengan frasa ini:
S(he) be(lie)ve(d)
Masa itu secara kebetulan aku baru log in dan status ini ‘terangkat’. Heh; terangkat?. Dengan sedikit pilu (entah kenapa) aku komen status itu dengan pendapat spontan ku: it’s not fair.

Beberapa minit berlalu, aku kembali semula ke status itu. Dan aku terkejut dengan lagi banyak respon dari rakan-rakan lain. Beberapa orang sudah pun ‘like’ status itu. Kebanyakannya perempuan.

Aku percaya bahawa kesemua mereka ini bukannya secara literal ‘menyukai’ penyata dari status kawan itu. Tetapi mungkin secara general nya menyetujui bahawa *ini yang aku terjemahkan dari status itu secara personal; maaf kalau silap*:

…. perempuan memercayai ketika lelaki menipu. She believed=he lied.

Kenapa aku komen: it’s unfair? Kerana secara generalnya, memang ayat penyata itu sedikit tidak adil. Bukan. Ia kekurangan sesuatu. Sebab perkara pertama yang datang ke kepala aku: kalau lelaki menipu, bukan selalunya perempuan percaya.

Kemudian, fikiran-fikiran ini pula datang: Kalau lelaki menipu, bukan semua perempuan boleh percaya. Kalau sesiapa pun *tak kira jantina* menipu, bukan semua orang/bukan selalunya orang lain*tak kira jantina* percaya. Kalau menipu, tak semestinya percaya.

Aku banyak berjumpa dengan penipuan selama aku hidup. Penipuan-penipuan besar dan kecil; penipuan-penipuan yang memusnahkan hidup dan penipuan yang aku selilsih dan biar saja berlalu. Penipuan adalah satu benda yang pelik dan menjijikkan.

Dan bila orang menipu depan-depan aku, kemudian aku bertanya untuk memastikan ‘kebenaran’ sedangkan aku nampak betapa tipu nya penipuan tukang tipu itu, rasa jijik pun muncul.

Tapi sebagai mangsa penipuan, kadang-kadang aku tersepit. Jadi aku biar saja ia berlalu. Tapi bukan bermaksud aku percaya. Jadi para penipu sekalian, jangan sesekali fikir bila kau menipu dengan ‘sempurna’nya kau akan 'lari' dengan penipuan itu.

Aku percaya: menipu memakan diri sendiri. Bukan rugi si polan yang kena tipu.Tapi rugi si penipu sendiri.

Jangan salah faham; emosi ku masih terkawal. ;)
Ini peringatan untuk diri juga.