Friday, December 25, 2009

15 sebab kenapa aku sakit otak


Ada 15 sebab kenapa aku 'brain crash' beberapa hari ni.

(1) Terlalu banyak kehendak. (2) Terlalu banyak expectations. (3) Terlalu risau tentang penempatan sekolah. (4) Terlalu marah dengan keadaan tersilapnya bahagian *** dalam menguruskan penempatan kami. (5) Terlalu banyak benda nak buat. (6) Terlalu lama berada di dalam rumah tanpa keluar. (7) Terlalu malas hendak keluar dari rumah.

*fuhhh..traik nafas dulu...*

(8) Terlalu rindu rakan-rakan. (9) Terlalu memikirkan masa hadapan. (10) Terlalu selalu sangat tekan butang tab Facebook. (11) Terlalu banyak maklumat yang diserap di Internet. (12) Terlalu cepat hendak putus asa. (13) Terlalu cepat hendak jadi master dalam sesetengah perkara sedangkan baru mula belajar. (14) Terlalu pengen gaji. (15) I just made this list up, baru tadi. Memang ada rosak sikit la otak ni...

Masalahnya senang saja sebenarnya. Hilangkan perkataan 'terlalu' itu. Bersederhana. Chillax, Waz. Makan Paddlepop Rainbow tu dulu. Dengar lagu-lagu blues yang boleh goyang-goyang sikit-sikit tu.

Chillax, dunia.

Asyik-asyik tag 'tiada' ja ni. Ntah bila mau tulis betul-betul.
One step at a time, yah.

No comments: