Here's a poem I wrote back in 2008 I think. It was from the old blog but I decided to revise it and publish it here.
Aku lelaki yang berdiri
Aku pula lelaki yang sentiasa menoleh kebelakang ketika berjalan kehadapan
Aku pula lelaki yang melihat langit dan laut
kerana jika tidak, aku akan lupa betapa kerdilnya aku
Aku lelaki yang berlidah
Aku pula lelaki yang bagaikan burung merak;
tahu aku jantan lawa, sisa kan saja si betina
Aku pula lelaki yang merasa perlunya peneman ketika aku perlu bersandar kerana lelah
tetapi tidak ingin peneman di waktu lain
kerana bila aku tidak lelah aku mau berjalan bebas,
tidak perlu peneman sudah yang kemudiannya menjadi beban
Aku lelaki yang bertopeng
Aku lelaki yang ketawa kerana cuma merasakan bahawa ia perlu
Aku pula lelaki yang menangis dibelakang tabir dan di sebalik bayang-bayang
Aku lelaki yang gagah kerana berdindingkan tebal disekelilingku
Tapi aku lelaki yang tidak tahu siapa sebenarnya yang boleh meruntuhkan dinding ini
Aku lelaki yang berbaju
Aku lelaki yang segak berjalan kerana yakin
Aku pula lelaki yang kata-katanya tajam kerana aku tahu ia benar
Aku adalah lelaki yang seperti malam, seperti siang, seperti betopeng, seperti dia.
Aku adalah lelaki yang berkayuh sampan, dan memikul senapang.
Aku lelaki yang lupa
Aku lelaki yang pulang kepada Dia yang mengingatkan aku pada aku
Tapi aku adalah si polan yang hilang namanya kerana dia.
No comments:
Post a Comment