mungkin juga aku ingin menunjukkan bahawa aku sangat 'gembira' dengan hidup ku pada saat ini.aku bersyukur dengan apa yang aku tidak ada dan apa yang aku ada.
mungkin juga tadi aku hampir menyebabkan kereta emak aku meletup. oleh itu aku merasa aku adalah seorang anak yang sangat baik, sopan santun dan sangat baik.juga sangat baik. terlupa hendak menyertakan: sangat baik.
mungkin juga aku sudah penat untuk berfikir kenapa dan mengapa dan apa ada pada dia lalu aku tidak mahu berhenti melakukan sesuatu yang boleh menghalang fikiran aku untuk berfikir hal tersebut.
mungkin juga aku ada kerja yang lebih penting seperti melukis tetapi aku suka menangguh lalu aku mencari sebab untuk menangguh.
ini lah yang telah aku lakukan sejak dari tadi:
beberapa cadangan dalam cara untuk menyebut owh-yeah berserta gambar

klik rajah untuk visual lebih jelas
kenapa pada waktu-waktu fikiran bercelaru, aku susah hendak tidur? nanti aku bilang kambing biri-biri supaya cepat tidur. tetapi mungkin sekarang aku lebih selesa untuk tidak tidur kerana bimbang pula nanti bila aku matikan komputer riba aku ini, aku merasa sunyi. apabila sunyi, aku bertambah celaru. aku kira-kira tadi, aku mahu baca buku. aku kira-kira lagi, aku mahu lukis kartun. kira-kira lagi, aku mahu menulis. rupa-rupa nya kiraan ku salah semuanya. aku dengan otomatis nya telah menyelongkar kembali gambar-gambar lama di komputer ribaku dan mengumpul gambar-gambar yang menyengat hati pilu. kemudian aku meletakkan gambar-gambar pilu ini di satu tempat yang aku bisa elakkan. setelah itu, aku pun melakukan kerja yang tadi disebut itu (rujuk rajah atas).
kemudian, anda pun tersedar betapa merepeknya entry kali ini..oleh itu, anda pergi ke poll yang telah disediakan disebelah kanan layar blog ini lalu mengundi bahawa blog ini harus ditutup.
kanan..kanan..tidak--tidak..kanan...right..to your right,..more right,..yes..yes..to the right..your right..up a bit..more..up..moree...owh you missed it..down a bit.yeah..owh no..not that one..the other one...yes..yes...
baiklah. aku rasa, di sini adalah tempat yang sesuai untuk aku katakan dialog yang aku tidak mampu untuk katakan di dunia sebenar. oleh itu, biar aku katakan saja di sini ya.
kepada 'kau' (plural): aku yakin kau hebat. jangan risau, aku tidak akan cuba sangsi dengan kehebatan kau itu. oleh kerana kau terlalu hebat, kau bolehlah memperkecilkan aku, silakan lah.aku tidak akan sangkal kan apa yang kau cakap. xD
kepada 'kau' (singular): aku yakin kau sungguh selesa hidup begitu, tapi janganlah sia-siakan hidup aku pula.
kepada wanita besi paling besi aku pernah jumpa: emak, aku mintak maaf dengan siapa aku kerana aku tahu emak tetap sayang aku walau bagaimana pun aku ini.aku cuba menjadi lebih baik.
aku pun tidak tahu bila aku akan puas hati dengan entry ini--cukup puas hati untuk berhenti menaip ayat-ayat yang tidak penting untuk orang lain pun.
baiklah.aku sudah puas hati.kerana tiada sudah perkara lain yang aku hendak repekkan.
selamat malam.
ps: konstruksi ayat-ayat adalah inspirasi daripada usher akbar.