Berfikir jauh, berfikir kreatif, berfikir rasional, berfikir dengan ilmu dan hati.
Aku kira-kira, dengan berfikir dengan dalam dan betul itu boleh membawa mereka ke Satu jalan yang bukan saja betul, bahkan mampu meng-enhance-kan lagi daya pemikiran dan kepandaian mereka berfikir.
Juga, aku tau, kalau-kalau berfikir itu sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya. Tapi dengan berfikir dengan betul sekurang-kurang nya boleh membantu kita cari jalan pulang dan membantu kita faham lebih dari apa yang ada inside our own walls.
Berfikir sudah menjadi personal issue aku dari dulu. Kawan-kawan banyak nasihat kan supaya aku kurang-kurang kan berfikir. Berfikir buat aku stress, berfikir buat aku depressed, berfikir boleh merosakkan apa saja yang aku ada-->berfikir juga salah satu sebab kenapa aku hilang orang yang aku sayang, hilang fokus pada study, hilang grip pada diri sendiri, mungkin pada satu tahap aku hampir hilang akal sebab kan berfikir. Kalau kau mau kata aku gila, aku pun mungkin setuju.
Tapi berfikir juga buat aku mahu mencari semasa aku hilang.
Jadi, aku rasa, setelah berpuluh tahun hidup dalam keercayaan bahawa aku pun harus benci cara aku berfikir, (ditambah pula dengan orang-orang yang kerap menyuruh aku berhenti berfikir terlalu banyak) aku perlu review pendapat aku ini semula.
Tapi, ya, berfikir dengan terlalu banyak itu bisa buat kita penat. Mungkin silap aku sebab berfikir songsang, berfikir ikut nafsu; mau merasa sedih, mau merasa sakit, mau merasa menang, mau merasa betul dalam aku rasa aku salah. Kunci kata nya pun sudah pasti sangat obvious—‘terlalu’. Mungkin kerana aku ‘terlalu’ berfikir, ‘terlalu banyak’ berfikir.
Bagi aku, berfikir itu bukan pecubaan untuk menduga masa depan, bukan juga percubaan untuk menjangkau balik ke masa belakang. Berfikir itu mencari kemungkinan. Kemungkinan. Itu saja. Tapi mungkin itu lah juga yang membuatkan aku salah. Kerana mencari kemungkinan sepatutnya bukan menjadi priority dalam berfikir.
Ini kerana seperti yang kita semua tau, kemungkinan itu banyak. Dunia ini penuh dengan kemungkinan. Jadi kalau berfikir ku itu untuk mencari kemungkinan, aku pasti-pasti saja menjadi buntu kerana system-overload.
Tapi aku tidak mau juga menjadi orang yang tidak berfikir. Yang tidak mahu berfikir. Yang tidak mahu berfikir dengan lebih luas. Yang tidak mahu berfikir dari sudut perspektif yang beza. Yang mungkin juga berfikir, tetapi berfikir atas sudu yang diguna dunia untuk menyuap informasi ke dalam mulutnya. Yang mungkin berfikir, tetapi berfikir di dalam kotak hidupnya yang kecil macam kotak mancis.
Jadi aku tidak mahu berhenti menjadi aku yang kuat berfikir; aku tidak mau benci aku yang banyak berfikir. Aku mau perbaiki cara aku berfikir, cara aku consider the different options to view certain problems or issues that i confronted. Aku yakin satu hari nanti, aku jumpa jalan pulang, aku jumpa diri sendiri. Dan aku yakin berfikir itu adalah salah satu cara untuk ke sana.
Tapi buat masa ini, aku ambil nasihat satu kawan ku: “kalau sudah system-overload, pigi la tidur. Bagi rest sikit kepala. Bila ada saja soalan yang keluar dalam otak, kau tolak tepi dan rest saja. Bila system sudah refresh, boleh confront issue dengan lebih berjaya”—lebih kurang macam itulah dia kata.
Tapi point-nya disini (aku suda lari dari point.tsk2) ialah aku mau aku mampu mebentukkan budak-budak ku nanti jadi orang-orang yang pandai berfikir dengan kreatif dan kritis. Hehe. Tapi aku tidak sebenarnya pasti bagaimana. Tapi aku mau cuba saja. Okay, okay. Mungkin ada satu cara: aku bukanlah seorang yang pandai berfikir, mungkin dengan melihat aku, mereka boleh belajar untuk tidak menjadi seperti aku dan langsung cuba mahu menjadi pandai dalam berfikir.
Mungkin aku perlu cari jalan laen.
dan aku gembira sebab sekarang aku sudah jumpa seorang yang mampu buat aku mahu belajar lebih tekun dan dengan cara baru; untuk berfikir dan mencuba untuk menjadi lebih matang.
No comments:
Post a Comment