Thursday, July 2, 2009

30minit

persis ada screwdriver tercucuk tembus dari belah kiri ke kanan kepala ku.
i started to question again:
who am i? what am i made of? is this it?

ingatkan aku, aku mau tulis pasal masa dan graviti.

frasa yang ulang-ulang masok dalam kepala aku ialah "now i really know..now i really know.." apa kecilnya peranan theory-theory indah yang aku belajar susah gila mahu di aplikasi kan, lesson plan yang mana rasa cantik belaka dalam kepala jadi kucar-kacir saja, budak-budak yang kecil ini jadi orang-orang yang mencarik-carikkan sisa-sisa self-esteem dan self-respect cebis-cebis yang aku ada. sudah la sedikit, lagi di carik-carik, entah apa lagi yang tinggal. aku terfikir: apa mereka sedar mereka punya kuasa sehebat itu?

aku perlu jalan lain.

9 tahun lepas, aku berada di tempat mereka, dan aku cuba sehabis baik untuk melawan diri ku sendiri. tapi mereka sekarang bebas mencabar dengan cara yang paling innocent sekali. innocent kerana mereka cuma 14 tahun. kerana mereka cuma 14 tahun?? umur adalah alasan yang sangat lah cikai.

aku perlukan jalan lain.

aku dulu juga pemberontak. aku dulu sampai sekarang sentiasa persoalkan sistem sekolah yg bercantum dgn sistem masyarakat yang aku rasa sangat lah penuh dengan falasi. tapi aku pun salah satu cabang dari sistem itu. kita semua terikat dalam sistem itu. aku cuma mau sampaikan pd budak-budak ku, mereka perlu menangkan sistem ini dan menangkan untuk diri mereka juga. itu saja cara untuk mereka survive. tiada jalan lain.

tapi aku perlukan jalan lain. untuk masuk dinding-dinding itu.
atau aku boleh saja biarkan mereka dan biarkan aku buat kerja: bercakap dengan dinding.

aku amat berterima kasih atas satu jiwa yang setia menunggu aku pulang dan mencuba mengangkat kembali semangat ku--or whatever that is left of it.
kmu.