Thursday, November 5, 2009

"but it's a taaalllkkkiinggg doooggg!!" (Up, 2009)

Banyak orang, cakap banyak benda, dalam banyak cara dan gaya, masa banyak hari pada aku. Ada yang aku ingat. Ada yang aku lupa. Ada yang langsung aku tak ambil peduli. Bila fikir balik cakap-cakap yang aku tak ambil peduli itu, aku rasa sedikit rugi.

Sebab, bila kita dengar apa orang cakap, banyak pulak tu, bukan la menunjukkan yang kita ni lurus bendul, atau bak kata Clyde “kamu dengar sangat orang cakap apa, susah”. Tapi bagi aku, lagi banyak kita dengar, lagi banyak kita boleh analisis. Pandangan dan pendapat orang. Sebab bagi aku juga, yang aku dengar, tak semestinya aku ikut.

Tapi paling kurang, aku mesti boleh belajar sesuatu dari cakap-cakap itu.

Antara banyak-banyak cakap itu, ada beberapa kerat cakap-cakap dari sedikit orang yang aku rasa sangat penting dan aku rasa relevan juga untuk dikongsikan dengan kau orang. Sebab sudah pukul tiga setengah pagi aku masih belum mengantuk. Tolonglah mata, penat lah.

Cakap-cakap dia orang *lebih kurang*:
  • Iron Lady kata: Kalau kita rasa kita cukup bagus, maknanya kita tak cukup bagus lagi.
  • Iron Lady's first son kata: Kalau betul-betul faham apa sebenarnya tujuan kita hidup, tak susah punya.
  • Kawan 1 kata: Kalau susah, back to basics, Waz.
  • Kawan 3 kata: Kawan tu umpama bintang. Tidak terlihat pun, tapi sentiasa ada.
  • Kawan 15 kata: Kau ni bodoh.
  • Kawan4.3 kata: Kau sabar saja. Jangan berhenti berusaha.
  • Kawan 2 kata: Perempuan cantik punya kelebihan ialah dia punya lebih banyak pilihan berbanding perempuan kurang cantik.
  • Cikgu best 5 kata: Mana ada panas! Saya pakai neck-tie ini betul-betul pun. Siap pakai blazer. Kalau fikiran kata panas, panas lah. Cuba macam saya; fikir sejuk saja, jadi saya rasa sejuk. *sedang berpeluh-peluh*
Itu cakap-cakap mereka; lebih kuranglah. Macam mana cakap-cakap dia orang itu boleh buat aku befikir, aku harap macam itu lah ia dapat buat kau orang berfikir juga.

Yang lain-lain banyak orang dalam hidup aku memang banyak lagi cakap-cakap. Tapi aku tak dapat nak rumuskan jadi ayat pendek yang paling penting dalam cakap-cakap dia orang yang banyak itu. Jadi susah aku nak tulis. Excuses. Ceh. Sebenarnya, memang tak ingat sangat.

Buat masa ini, Clyde dan Kawan-dari-Kryptintin paling banyak cakap-cakap kat aku. Seronok kadang, sakit hati kadang. Tapi banyak boleh aku belajar.

Okayh. Aku dapat rasakan otak tersekat. Yeah!

Itu tanda akan tidur segera.

Kerap menulis ni cuma menandakan betapa aku sedang mengabaikan artwork aku yang baru separuh jalan aku mula baru itu hari. Aku patut buat deadline sendiri. Jumaat? Set.