Aku rasa dah lama aku tak layan music yang betul-betul layan. Bole kau percaya. Orang addicted dengan sound macam aku *kerek bodo* boleh lupa satu benda yang selama ini jadi passion aku? Aku pun ta taw apa sudah jadi dengan aku tahun ni. Sudah nak habes pun, November…
Apa-apa la.
Aku tengah layan concert Radiohead kat Saitama tahun lepas punya. Kembang kempis hidung aku, kembang kempis hati aku sekali…
Aku sayang Radiohead, tapi kenapa aku boleh tinggal diaorang? Aku sayang melukis, tapi kenapa aku boleh berhenti hiatus lama? Aku suka merepek di blog aku dengan perkara-perkara yang aku rasa penting, tapi aku tulis sekerat dua saja sekarang, kenapa? Aku sayang gitar aku, tapi kenapa aku biar dia berhabuk? Kenapa?
Begini lah manusia. Kadang-kadang kita ambil ringan diri kita sendiri. Aku tak nak la cakap pasal orang lain sebab aku tak tau sangat. Yang aku tau diri aku sendiri. Sekarang aku tengah waras, boleh la aku cakap, boleh la aku nak nilai diri sendiri elok-elok. Dan kesimpulan daripada penilaian aku ialah:
Kadang-kadang aku tak sayang diri sendiri dengan mengabaikan diri sendiri. Aku tak jaga benda yang aku sayang yang berkaitan diri sendiri. Asyik fikir pasal orang-orang yang aku sayang. Itu orang lain. Lain cerita. Tapi aku kena la ingat yang aku kena sayang diri sendiri jugak.
Jadi aku patut ingat yang, ada benda-benda dan aktiviti-aktiviti yang aku suka buat yang buat aku connect balik dengan diri sendiri. Mungkin aku gelabah, mungkin aku goyah. Sampai aku rasa aku hilang diri sendiri. Mungkin lain kali, kalau aku rasa begitu, aku boleh baca entry ini kembali.
Wahai diri, pergilah connect balik dengan diri sendiri. Biarpun tak da mood, paksa-paksa sikit, lama-lama baru ingat betapa sayangnya aku dengan benda-benda ni. Bila sudah connect balik dengan diri sendiri, baru tau kaki bertapak di mana, kepala di bawah langit mana. Baru tau tangan boleh cecah sampai mana. Baru boleh tau di mana boleh diperbaiki—diri sendiri.
Ambil iktibar la dari aku. Itu pun kalau kau paham.
ps.Thanx to Nab(+team jamming) n Lorek(+team nari), aku dapat re-connect dengan dua benda yang aku sayang sekarang.