Sunday, July 12, 2009

semoga lebih pandai hendaknya...

kasihan aku lihat--dia buntu ilham menyakitkan orang, cari jalan ikut belakang pula. sampai hormat ku langsung hilang untuk dia. kasihan saja yang tinggal. setelah semua ini, masih orang kata aku yang hilang akal kerana punya penyakit hati yang sarat?

itulah. orang tua-tua pun mengingatkan, indah buku bukan pada kulitnya saja. kalau isi cerita lembaran demi lembaran pun busuk, tiada guna punya kulit indah, tiada guna punya kertas dari kualiti tertinggi, tiada guna di cetak guna dakwat terindah, lembut dan wangi.

tiada guna nya. kerna letaknya darjat tinggi rendah sebuah buku yang paling penting adalah isi nya, adalah ilmu yang di bawanya, adalah cerita-cerita baik buruk nya yang bawa pedoman.

dan kalau perumpamaan buku itu pada manusia, aku ialah buku paling hodoh sekali, dalam dan luaran. aku tidak kesah, asalkan saja orang boleh belajar dari kehodohan aku. asalkan saja aku tau apa yang diluar ini menunjukkan apa yang di dalam. kulit ini bukan untuk pura-pura menutup sesuatu yang jelek.

berulang-ulang kali aku bilang, aku tidak suka marah kerana marah adalah masa di mana kita paling senang goyah. itulah para hati dengki akan menyerang musuhnya di amarah dahulu sebelum yang lain.

tidak dia datang dengan tangan yang berangkat untuk memukul. tidak dia datang dengan kayu atau senapang. dia datang dari mana-mana arah yang dia rasa boleh cucuk amarah si polan. kerana bila marah lah semua pertimbangan hilang.

jadi aku bilang sama diri sendiri, aku mesti kurang marah. di masa aku tidak mampu untuk menyalurkan amarah ikut titik-titik peluh masa aku berlari-lari anak, aku perlukan sesuatu yang lain. dan aku bersyukur aku ada kmu.

dan aku ada tempat ini untuk menyusun pemikiran ku.

jadi aku minta, para perempuan, kita semua masih muda dan masih tercari-cari jawapan, masih belajar. dan oleh itu kesimpulannya yang paling mudah ialah kita masih belajar kerana kita masih kurang ajar.

jadi di samping kita masih belajar dek kerana kekurangan ajaran tentang hidup dan dunia dan ikatan antara manusia di dalam sebuah masyarakat, aku minta satu saja:
berfikir lah dengan baik sebelum membuat tindakan.

kerana aku yakin perempuan-perempuan semuanya sebenarnya pandai. tapi gunakanlah kepandaian itu untuk kebaikan.